Sunday, October 31, 2010

WANITA MUKMINAT

"Sesungguhnya kami menciptakan mereka dengan penciptaan baru. Dan kami kembali menjadikan mereka gadis-gadis perawan." (Al Waqi'ah, ayat 56:35-36)
.
Secantik apa pun para bidadari, jauh lebih cantik wanita-wanita mukminat, iaitu mereka yang membasuh mukaya setiap hari dengan wuduk, melaksanakan solat & taat akan suaminya demi mencapai keredhaan Allah
.
Berkenaan dengan perkara ini, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud" Sesungguhnya Kami menciptakan mereka dengan penciptaan baru. Dan Kami kembali menjadikan mereka gadis-gadis perawan. " (Surah al-Waqi'ah 56 : 35-36 )

Menurut beberapa orang ahli tafsir ,antara lain Abu al-Hasan al-Mawardi, ayat ini berbicara tentang wanita-wanita Mukminat di dunia. Allah mengembalikan mereka menjadi gadis-gadis muda meskipun sebelumnya telah menjadi nenek yang tua dan lemah. Mereka akan dibangkitkan kembali sebagai wanita-wanita yang sangat cantik lalu dipersatukan lagi dengan suami-suami mereka di dunia.

Berkaitan dengan ini, teringat kisah Ummu al-Darda' (nama asalnya Hujaimah al-Himyariah). Beliau ialah isteri Abu Darda', seorang sahabat Nabi s.a.w. yang hidup di Syam. Meskipun jarak usia mereka agak jauh, di mana Abu al-Darda' lebih tua beberapa puluh tahun daripadanya,namun mereka adalah pasangan yang sangat bahagia.

Suatu hari Ummu al-Darda' berdoa di hadapan suaminya, "Ya Allah, sesungguhnya Abu al-Darda' meminangku di dunia, lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepada-Mu untuk menjadi suamiku di syurga."

Mendengar ucapan ini, Abu al-Darda' berkata, " Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia."

Ummu al-Darda' ini seorang wanita yang cantik dan cerdas. Maka setelah Abu al-Darda' wafat, Khalifah Mu'awiyah bin Abi Sufyan datang untuk meminangnya. Namun isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan tersebut [Petikan Solusi Isu 24]
.
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yg akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yg bukan mahramnya." HR Bukhari & Muslim
.
Sebaik-baik pakaian ialah pakaian taqwa. Tubuh yg cantik dan indah bukan tiket untuk meraih perhatian manusia, tetapi sebagai ujian ketaatan selaku hambaNya...

JODOH

Lelaki yg baik adalah untuk wanita yg baik
Berdoalah kerana kebenaran itu dari ALLAH!
Janganlah kamu menjadi orang yg ragu
InsyaAllah kamu akan mendapat yg terbaik
.
Takutlah pada ALLAH melebihi takut pada segala persoalan dibenak kalian
Yakinlah pada ALLAH
Berdoalah padaNya agar dipermudahkan urusan kalian
Yakin dalam istikarah kalian pada ALLAH

BERDOALAH...

Sesungguhnya ALLAH tidak pernah bosan mendengar rintihan hambaNya
hingga hambaNya sendiri merasa bosan meminta...
Janganlah berputus asa, teruskan berdoa
InsyaALLAH dipermudahkan

BERSABARLAH

"Wahai orang-orang yg beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yg berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Al-Imran, ayat 200)


.....mudah-mudahan ALLAH memberi taufik & hidayahNya, beramal dengan suruhan yg sesuai dengan syariatNya. ALLAH sebaik-baik pelindung dan penolong, SUBHANALLAH!.....

KETENANGAN ABADI

Jiwa yang dituntun ke jalan Penciptanya,
menerusi naluri cinta murni yg hakiki
& ingatan suci,
matlamat semua insani,
membawa hati kepada Ilahi,
Insya Allah, ketenangan yg abadi

DOA BUAT ANAK-ANAKKU

Ya ALLAH
Peliharalah anak-anakku daripada segala penyakit & fitnah dunia
Bahagiakan & jadikan mereka anak yang soleh & solehah
& yang bermanfaat kepada ummah

YA RAHMAN, YA RAHIM...

Pujuklah hati mencintai Dia
Bawa hati kepada-Nya
Jangan pernah putus asa mohon keampunan dari-Nya
Jangan takut dekatkan diri kepada-Nya
Semoga Dia juga mencintai

ALLAH tidak menganiaya, mengaib & menyiksa hamba yg dicintai-Nya
Yakin sebenar-benar yakin
Maha Suci ALLAH Yang Maha Pengampun.

Wahai anak-anakku
Jangan kenal jemu
Menangislah & nyatakan rindu
Sehinggalah saat bertemu
  
Ya ALLAH Ya Tuhanku...

KENALI DIRI

Barang siapa yg kenal Tuhannya, maka kenallah ia akan dirinya... Perangi diri sendiri, mush nafsu nafsi... Carilah jalan mujahadah... Itulah jalan menuju ALLAH...
Wallahu'alam

SEGALANYA MILIKMU

Inilah permasalahan hamba dengan KhalikNya...
Ingatan suci, cinta murni,
membawa hati, teramat rindu,
menangis sayu, ampunan dirayu...
kenapa rasa tak kesampaian hajat itu!
.
Yang bercinta memang begitu...
jangan kecewa kerana menunggu,
jangan kenal jemu,
menangis sepuasnya kerana rindu,
taati Dia yang satu,
pasti kekasih menunggu,
InsyaAllah!
Nikmat yg teramat bila bertemu
.
Menangislah sepuas-puasnya di malam hening
Hanya untuk-Nya sahaja
Tiada yang lain hanya Dia...
InsyaAllah anda akan merasa
amatt bahagia
Halusnya jiwa tiada bahasa...
Menangis... menangis... dan terus menangis...
ALLAHUAKBAR

SEBELUM & SELEPAS

Bermula hidup SEBELUM mati itu PENTING
Bermula hidup SELEPAS mati itu yg GENTING
Bertakwalah kepada ALLAH SEMASA hidup SEBELUM mati
Semoga baik GANJARAN hidup SELEPAS mati... Wallahu'alam

KEKASIH ALLAH

Siapalah kita seperti dikata, kalau dibanding dengan Baginda, Rasullullah contoh yg nyata, sebagai pedoman umat manusia, Rasul pilihan kekasih ALLAH, ujiannya berat teramat susah, banyaknya bersyukur kepada ALLAH, walau maksum dijamin sudah... Wahai anak-anakku, perbanyakkanlah juga selawat ke atas Baginda, keluarga & para sahabatnya... Semoga tergolong di kalangan yg mendapat syafa'atnya...

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

PERLUKAH DITUNGGU?

Sekian banyak telah ALLAH tunjukkan petanda, sedikit pun tanda2 itu pernah merubah kita, maksiat berleluasa dianggap remeh & biasa, adakah kita menunggu saat bala tiba?

Thursday, October 28, 2010

Coretan Hati

...walaupun aku tak sehebat Sayidatina Fatimah az-Zahra, puteri kesayangan Baginda Rasullah SAW...
tetapi aku ingin mencontohi beliau menjadi seorang isteri yang dikasihi suami dan ibu yang mulia bagi anak-anakku...