Sunday, October 31, 2010

KEKASIH ALLAH

Siapalah kita seperti dikata, kalau dibanding dengan Baginda, Rasullullah contoh yg nyata, sebagai pedoman umat manusia, Rasul pilihan kekasih ALLAH, ujiannya berat teramat susah, banyaknya bersyukur kepada ALLAH, walau maksum dijamin sudah... Wahai anak-anakku, perbanyakkanlah juga selawat ke atas Baginda, keluarga & para sahabatnya... Semoga tergolong di kalangan yg mendapat syafa'atnya...

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

No comments:

Post a Comment